* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan. 
 *    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu. 
 *    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.
 *    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada 
 musuhnya sendiri. 
 *    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan 
 hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. 
 *    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu 
 lawan dan yang mana satu kawan. 
 *    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, 
 menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi 
 lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki 
 sejati. 
 *    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada 
 dikesani oleh orang lain. 
 *    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak 
 mengejar nama. 
 *    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan 
 mengalah. 
 *    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap 
 *    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda 
 sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan. 
 *    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang 
 terhadap kesilapan mereka. 
 *    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah 
 kapal yang besar. 
 *    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang 
 baik. 
 *    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau 
 beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan 
 seumur hidupnya. 
 *    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah. 
 *    Imaginasi menguasai dunia. 
 *    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai 
 peluang untuk menjadi pandai. 
 *    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung 
 kepadanya. 
 *    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda 
 tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. 
 *    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang 
 luas. 
 *    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah 
 suara yang paling merdu di dunia. 
 *    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada 
 orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada 
 kemiskinan mereka. 
 *    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara 
 yang anda suka. 
 *    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang 
 mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut. 
 *    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang 
 ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 
 *    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda 
 dan lupakan masa silam 
 *    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang 
 bersabar 
 *    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana 
 *    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan 
 sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain 
 *    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu 
 matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari 
 *    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa 
 yang anda dapat 
 *    Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan 
 sekaligus 
 *    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang 
 dimiliki 
 *    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda 
 masih mempunyai masa depan. 
 *    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan 
 mengenal kemanisan 
 *    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk 
 membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad 
 kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai 
 *    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas 
 ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai 
 dengan minatnya 
 *    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat 
 *    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah 
 *    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup 
 *    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh 
 dimusnahkan 
 *    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada 
 kemenangan terhadap orang lain. 
 *    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar 
 tetapi tidak melakukannya 
 *    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya 
 *    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama 
 daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya 
 *    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan 
 *    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda 
 boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu 
 memikirkan masa depan anda 
 *    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting 
 bagaimana keadaan kita semasa hidup 
 *    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama 
 *    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda 
 perlindungan dengan tidak memusnahkannya 
 *    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi 
 alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah 
 hinaan kepada Allah. 
 *    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan 
 hari ini 
 *    Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap 
 peluang 
 *    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca 
 *    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah 
 bahawa masa depan masih ada. 
 *    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak 
 pada diri manusia 
 *    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita 
 belum kecapi kejayaan yang orang lain capai 
 *    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang 
 yang gagal terus gagal 
 *    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan 
 dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas 
 apa yang berlaku 
 *    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada 
 yang berlidah manusia 
 *    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk 
 kita rasai nikmatnya. 
 *    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan 
 kegagalan 
 *    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula 
 jatuh ke bumi 
 *    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak 
 membuktikannya melalui perlaksanaan 
 *    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi 
 sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan 
 *    Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah 
 bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau 
 *    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya 
 dirinya ditipu 
 *    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan 
 *    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai 
 hambanya 
 *    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama 
 *    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas 
 kemusnahan dan kematian 
 *    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita 
 dan kejayaan 
 *    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat 
 *    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya 
 kecacatan atau kekurangan 
 *    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya 
 terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri 
 *    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri 
 anda yang sebenar 
 *    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api 
 di dalamnya kita terbakar 
 *    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan 
 akan menamatkan manusia 
 *    Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya 
 *    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya 
 *    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan 
 *    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah 
 daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri 
 *    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya 
 ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang 
 kita usahakan 
 *    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang 
 datang 
 *    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan 
 beroleh apa yang kita hajati 
 *    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit 
 *    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa 
 kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian 
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
BERITA_wongANteng
SEO
theproperty-developer








